Wednesday, May 28, 2008

Monday, May 26, 2008

BERSAMA KITA BERMUHASABAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA BESAR !!!

video

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG



PETIKAN PERUTUSAN HARI GURU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

....Apabila bercakap tentang kecemerlangan guru dan profesion
keguruan, fokus perlu diberikan kepada lima perkara utama yang
menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Ia adalah
kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak,
kesediaan untuk berubah serta minat dan cinta terhadap
profesionnya. Setiap fokus ini saling berkait, melengkapi serta
bergerak serentak dan beriringan. Hayatilah dan amalkan lima
perkara tersebut agar kita sama-sama dapat memartabatkan
profesion keguruan ini.

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU SALIMI


KELAB GURU MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CIKGU SALIMI FIRDAUS YANG AKAN MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINANNYA PADA 7 HB JUN 2008 DI KG EXPO KEMUNTING. SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL ABADI.

Tuesday, May 20, 2008

Selamat Hari Guru Daripada Warga SMKE7

Ramai Berbakat di Hari Guru

En. Jasni Juruteknik kita rupa-rupanya seorang bekas penyanyi rockes.. betul ke? Lihat kan persembahannya di youtube di bawah.

Magic Show - "Bakar kertas jadi duit? "

Seorang pelajar kita tingkatan 3 (ABAD) boleh buat banyak magic show hasil daripada pembelajarannya sendiri. Saksikan pertunjukan pertamanya di laman blog ini:

Tabung Amanah Tampung Sekolah



TAIPING: Ahli Jawatankuasa Penganjuran Ulang Tahun ke-125 Sekolah King Edward VII di sini, mewujudkan Tabung Amanah khusus untuk mendapatkan dana sekurang-kurangnya RM1 juta bagi membantu kerja penambahbaikan sekolah serta keperluan pembelajaran pelajar. Malah, dana itu turut diperlukan untuk mempergiatkan pelbagai aktiviti pelajar termasuk sukan ragbi yang menjadi antara sukan utama pelajar sekolah berkenaan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, berkata dana daripada tabung akan digunakan sepenuhnya untuk menambah baik bangunan sekolah berkenaan selain menyokong pembelajaran serta perjalanan aktiviti pelajar.

"Memang sebelum ini sekolah itu mempunyai bantuan biasiswa daripada beberapa individu, tetapi dengan adanya tabung itu ia lebih banyak membantu menampung kekurangan yang ada.

"Kita amat memerlukan dana atau bantuan untuk memastikan keselesaan pembelajaran pelajar dan aktiviti sekolah dapat berjalan dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas perasmian sambutan ulang tahun ke-125 sekolah berkenaan di sini, kelmarin.

Upacara perasmiannya disempurnakan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas pelajar sekolah itu serta dikenali sebagai 'Tiger' iaitu gelaran bagi semua bekas pelajar sekolah berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Presiden Persatuan Bekas Pelajar Edward Malaysia, Mohaideen Mohd Ishack.

Sekolah yang dinamakan bersempena King Edward VII, Putera Wales dari United Kingdom, bermula dibuka pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu hanya memiliki 13 pelajar dan bertambah menjadi 55 pelajar menjelang akhir 1884.

Bagaimanapun, nama Sekolah Pusat ditukar selepas guru besar kedua sekolah itu, R F Stainer, mencadangkan Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Queen Victoria.

Ling dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau bangga menjadi pelajar di sekolah itu kerana sebahagian besar daripada mereka mampu mencipta kejayaan gemilang dalam kehidupan masing-masing.

"Sekolah ini sudah melahirkan ramai insan ternama serta berjaya dan tradisi itu wajar diikuti generasi pelajar yang ada sekarang ini," katanya yang turut memberi nasihat dan dorongan kepada pelajar sekolah berkenaan supaya mengamalkan sikap kompromi serta berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

Petikan daripada Berita Harian bertarikh 15/5/2008.

Sunday, May 18, 2008

Saturday, May 17, 2008

Syarat naik pangkat dilonggar dorong pendidik kerja lebih gigih

Syarat naik pangkat dilonggar dorong pendidik kerja lebih gigih

TEMPOH pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun, mulai tahun ini.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pengurangan tempoh itu secara langsung membolehkan guru menikmati peluang peningkatan kerjaya terbabit dengan lebih cepat.

Selain itu, beliau berkata, langkah berkenaan juga bertujuan mengelakkan jarak tempoh yang agak rapat dengan syarat 10 tahun ditetapkan untuk guru memperoleh kenaikan menerusi satu lagi saluran, iaitu `time-based'.

"Tawaran jawatan Guru Cemerlang ialah antara saluran peningkatan kerjaya guru yang paling utama atau banyak. Justeru, peluang memohon jawatan itu dalam tempoh lebih cepat akan mendorong guru berkhidmat dengan gigih dan berkesan," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Zulkifly berkata, Kementerian Pelajaran sudah menetapkan kuota 9,374 jawatan Guru Cemerlang meliputi 5,374 bagi pegawai perkhidmatan pelajaran (PPP) siswazah dan 4,000 lagi untuk PPP bukan siswazah.



Bagi PPP siswazah, katanya, kementerian menyediakan 4,000 jawatan Guru Cemerlang DG44, DG48 (1,000), DG52 (250), DG54 (100) dan Gred Khas C (24).

Sementara, bagi PPP bukan siswazah pula, beliau berkata, 3,200 jawatan Guru Cemerlang DGA32 disediakan, selain 800 jawatan Guru Cemerlang DGA34.

Dalam konteks ini, Zulkifly berkata, Bahagian Sekolah berperanan sebagai urus setia menerima permohonan jawatan Guru Cemerlang yang diletakkan di bawah pengendalian Jemaah Nazir Sekolah (JNS).

Dari segi syarat lain pula, beliau berkata, guru memohon jawatan Guru Cemerlang yang diperkenalkan sejak 1993 itu turut dikehendaki menyertakan sebarang hasil kajian tindakan mereka.

"Kajian tindakan itu meliputi inovasi yang pernah dilakukan guru terbabit untuk menambah baik atau mempertingkat prestasi pencapaian dalam mata pelajaran mereka.

"Sebagai contoh, guru berkenaan mendapati ada pelajar yang tidak dapat mengikuti atau menguasai mata pelajaran diajarnya. Justeru, guru terbabit membuat kajian punca dan berusaha menanganinya.

"Walaupun bilangan pelajar yang bermasalah itu mungkin sedikit, inisiatif, kreativiti serta inovasi guru berkenaan mengatasi keadaan terbabit penting, malah menjadi contoh berguna yang boleh dikongsi bersama rakan sejawat lain," katanya.

Sementara itu sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008, Zulkifly berharap guru di seluruh negara akan bertugas dengan lebih komited berikutan senario perkembangan dunia yang semakin maju.

Katanya, guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat membimbing pelajar secara berkesan dalam suasana dunia terbuka dengan kemudahan capaian maklumat yang luas menerusi buku dan internet kini.

"Begitupun, peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga mendidik secara menyeluruh, termasuk dalam aspek sahsiah dan kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar, bagi menjayakan penjanaan modal insan.

"Tugas guru ini adalah mulia. Seseorang perlu ada kesabaran tinggi untuk menjadi seorang guru. Ini bermakna mereka perlu menghadapi dan menangani kerenah pelajar serta ibu bapa secara berhemah dan mengikut prosedur sedia ada. Janganlah mengambil tindakan secara beremosi," katanya.

Friday, May 16, 2008

INSENTIF GURU... TERIMA KASIH PAK LAH!


MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran.

Berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Perdana Menteri yakin dengan insentif-insentif itu guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerja.

“Saya berharap guru-guru akan berjalan sebatu ke depan. Inilah yang kita mahu.

“Mudah-mudahan apa yang diberikan ini akan diterjemahkan oleh para guru dengan bekerja lebih bersungguh-sungguh supaya kita dapat melahirkan pelajar yang lebih cemerlang,'' katanya.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 guru yang mendengar ucapannya. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.

“Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan hadiah kenaikan gaji kepada kakitangan awam,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan guru yang menggalakkan guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan juga bersetuju meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41.

Susulan kepada penambahan kuota jawatan dalam skim cemerlang sebanyak 300 peratus pada tahun 2006, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik dua syarat skim guru cemerlang.

Ini termasuk memendekkan syarat tempoh kelayakan guru cemerlang dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar bagi pengisian jawatan guru cemerlang DGA32 dari gred asal DGA29 dan jawatan guru besar cemerlang DG44 dari gred asal DG41.

“Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang,'' kata Perdana Menteri.

Beliau turut mengumumkan peruntukan 10 peratus daripada 1,700 kuota guru besar cemerlang DGA38 akan diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Selain guru dan guru besar bukan siswazah serta guru dan guru besar cemerlang, turut mendapat suntikan daripada insentif yang diumumkan itu ialah para pegawai pelajaran daerah (PPD).

Abdullah berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred PPD dari gred DG48 kepada gred DG52 dan DG54.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyeragamkan struktur pejabat pelajaran daerah di seluruh negara dengan memansuhkan pejabat pelajaran gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan ini juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di pejabat pelajaran daerah,'' ujar beliau.

Beliau turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada tahun 1995.

Peringkat awal kelulusan itu akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA A.

Sebagai contoh, jelasnya, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbanding sebelum ini berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54.

Beliau percaya penstrukturan itu dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat di negara ini.

Thursday, May 15, 2008

Sambutan Ulang Tahun ke125 SMKE7 Taiping





2008/05/13

TAIPING: Some of them are corporate figures and politicians, a few
are top brass in the armed and police forces while others have proven
themselves as sportsmen. Their backgrounds may be diverse, but they
have now come together to honour and glorify their alma mater: King
Edward VII School.

In conjunction with the school's 125th anniversary this year, these
men plan to raise RM1 million for it.

It is intended for present and future Edwardians, so they may carry
on the tradition of winning for their school.

The old Edwardians, with Tun Dr Ling Liong Sik as patron, are
organising a charity grand dinner and will publish a coffee-table book
to raise the money.

Speaking after the launching of the 125th King Edward VII School
Anniversary here yesterday, organising committee chairman Datuk Seri
Dr Abdul Shukor Abdullah said it was time that the school had its own
trust fund.

"Many distinguished schools in our country such as the Victoria
Institution have their own trust funds to sponsor extra-curricular
activities to boost their standing, glory and honour.

"Similarly, the old boys' association has decided that the time is
right to set up such a fund to sponsor sports activities and for the
school band.

"We will get the old Edwardians to contribute to this fund," said the
president of Old Edwardian Kuala Lumpur.

The 125th anniversary was launched by Dr Ling, an old Edwardian and
the only Edwardian to have been bestowed with the title Tun.

Abdul Shukor said the dinner was expected to be held in August while
the coffee-table book, co-ordinated by Media Prima chairman Datuk
Abdul Mutalib Razak, would be published beforehand to be sold to the
old boys.

Abdul Mutalib said the book was nearing completion and that only
3,000 copies would be printed, adding that the price per copy had not
yet been determined.

"The book will contain the school's history, biodata of headmasters
and principals, stories of outstanding Edwardians and scholarly
articles reprinted from the school's old magazines," he said.

Among the personalities who studied at the school were Sultan
Iskandar Shah and Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah, the 30th
and 31st rulers of Perak; and Yusof Ishak, who was the first president
of Singapore.

The Raja Permaisuri of Perak Tuanku Bainun was once on a teaching
stint at the school.

Meanwhile, Mohaideen Mohd Ishack, president of the Old Edwardian
Association Malaysia, said a museum displaying achievements of the old
Edwardians would be set up to motivate present-day students to excel
in all fields.

____________ _________ _________ __

(c) Copyright 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad. All rights
reserved.

Guru O Guru

Persembahan Hari Guru

Tigers

Saturday, May 10, 2008

Wednesday, May 7, 2008

Sekapur Sireh - Selamat Datang





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته دان سلام سجهاتر
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Khas buat ahli-ahli Kelab Guru dan Kakitangan SMKE7 yang dihormati sekalian. Semoga sentiasa berbahagia dan senyum-senyum selalu!
Syukur alhamdulillah kelab kita telah dapat membina dan melancarkan laman web yang tidak seindahnya ini. Semoga dengan adanya laman web ini sedikit sebanyak ianya akan memberikan sumbangan yang berguna di kalangan ahli-ahli disamping mengaplikasikan penggunaan ICT didalam tugas-tugas kita seharian.
Sebarang cadangan/komen atau sebarang artikel yang berguna boleh dimanfaatkan bersama.
Anda boleh menghantar melalui email kgktsmke7@yahoo.com.my.
Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dikira sebagai penyumbang dalam menuju kecemerlangan kita bersama!

Sekian.Terima Kasih.
Penyelaras Laman Web
-Zulbestari-
Guru disaran lestarikan kecemerlangan profesion

Dari seorang rakan seperjuangan !


SAYA percaya bahawa sistem pendidikan bertaraf dunia bermula daripada amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah. Bagi saya sebuah bilik darjah adalah sebuah dunia kecil. Apa yang saya inginkan berlaku kepada dunia akan datang, saya harus memulakannya di dalam dunia kecil itu. Saya adalah “global player” dan sebagai pemain global, taktik seseorang guru ‘bermain’ dalam tempoh 40 minit untuk satu waktu, adalah faktor kritikal yang bakal menentukan kejayaan sebuah dunia yang guru idamkan. Dunia itu bermula di sini-di sebuah bilik darjah, di mana guru memimpin sebuah pasukan yang berbeza dalam banyak hal yang jumlah ahlinya antara 30 hingga 40 orang.
"GURUBASHID- SMK SIMPANG"