Sunday, June 21, 2009

PERTANDINGAN BLOG UNTUK GURU DAN PELAJAR 2009

Kelab Komputer/Briged Siber dengan kerjasama Unit ICT SMKE7 menganjurkan
Pertandingan Blog Peringkat Sekolah Tahun 2009. Pertandingan terbahagi
kepada 2 kategori iaitu GURU dan PELAJAR.

Reka bentuk blog hendaklah bercirikan Pendidikan/Ilmu Pengetahuan. Minima
mempunyai 10 halaman dan peserta hendaklah mendaftarkan nama sebenar di
Blog masing-masing.

Peserta hendaklah menghantar penyertaan melalui email kepada urusetia
pertandingan di zulbestari09@gmail.com. Sila nyatakan nama penuh, no.
k/pengenalan, tingkatan (pelajar) dan alamat url blog.

Penghakiman akan dijalankan secara online sebanyak 3 kali (fasa 1 - bulan
Jun, fasa 2 - Julai dan fasa 3 - Ogos). Markah diberi berdasarkan isi
kandungan dan kreativiti peserta.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Zulkurnain, En Ahmad Mazlan atau Cik
Fatin.

Terima kasih.

URL untuk mula membuat blog : https://www.blogger.com/start

Contoh blog guru : http://hasmuri.blogspot.com/

Contoh blog pelajar : http://asyyshafiesmtmt.blogspot.com/

Saturday, June 20, 2009

Perkembangan Staf

Satu sessi kursus/latihan (LADAP) bagi semua guru SMKE7 telah diadakan pada hari Sabtu 20 Jun 2009 ( 8 pagi - 2 petang) bertempat di Pusat Eko Pelajaran, Hutan Paya Laut, Matang.

Pengisian program ialah Ceramah "Cara Hidup Sihat" oleh Dr Khairul Rafizah bt Khairuddin, Pegawai Kesihatan Daerah LMS. Kemudian diikuti Talkimat Pegawai Jabatan Hutan Paya Laut dan lawatan ke "Bord Walk". Peserta juga berpeluang melawat ke kilang pembuatan arang dimana dapat melihat lebih dekat bagaimana prosess arang dibuat... oh cam tu caranya...