Thursday, June 19, 2008


Semasa saya sedang membaca emel sambil membuka folder2 lama, terlihat satu emel dari rakan saya. Pada mulanya saya tak ambil peduli sangat. Namun setelah amati gambarnya, rasa sayu dan sedih sekali. Teringat laungan pemimpin2 kita, MALAYSIA BOLEH!!! . Gambar ini adalah suasana biasa di pendalaman Sabah iaitu negeri penyumbang terbesar untuk kemenangan BN pada PRU11 dan PRU12.
Manusia memang mudah lupa, tapi janganlah lupa terus.... Lihat dan nilaikan sendiri gambar ini....Dalam mengejar kepesatan dan pembangunan, masih ada beberapa kampung di negara kita yg masih menggunakan jambatan paling daif tanpa dibaiki. Mereka tiada pilihan lain terpaksa juga digunakan oleh anak-anak kampung yang menyambung nyawa untuk mendapatkan sekelumit ilmu.
Gambar ini mungkin dah disiarkan di media masa atau tersebar luas di emel rakyat Malaysia. Namun biarlah saya 'rewind' semula atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab, untuk kita sama-sama berkongsi di atas keperitan yang ditanggung sebahagian rakyat kita ini. Apalah erti pembangunan bagi mereka? Malaysia Boleh.....!!!!

Thursday, June 12, 2008

Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri

KLIK DI SINI

Ramai yang berbincang tentang pencen di sini saya sediakan pautan sebagai renungan bersama.....

Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri

KLIK DI SINI

Tahiah kepada guru yang berjaya!

Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat PPPLD Gred DGA32 Secara “Time-Based”

http://apps.emoe.gov.my/npangkat/

Sunday, June 8, 2008

Opsyen pencen 58 tahun

Semua Penerangan mengenai opsyen pencen 58 tahun boleh dibaca pada perkeliling ini :
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2008/06/pp062008.pdf

Sekian, terima kasih

Saturday, June 7, 2008

E mel rasmi peribadi untuk semua guru dan staf SMKE7 telah diaktifkan!

Panduan umum:
1. Buka laman web: http://www.smkevii.edu.my
2. Lihat kolum tengah bawah sekali.
3. Klik e mel guru-guru/staf
4. Username contoh: mazlan@smkevii.edu.my (MESTI taip penuh)
5. Password: - sila rujuk GPB. Sila tukar password.
6. Klik HORDE  Klik log in
7. Klik Inbox untuk baca e mel
8. Klik New Message untuk hantar mesej.
9. Klik Reply untuk jawab mesej.
10. Klik New folder untuk cipta folder khas
11. Klik Move untuk pindahkan e mel ke dalam folder di atas.
12. Diantara kegunaan e mel:
a. Digalakan menggunakan e mel untuk menghantar ucap selamat hari kebesaran, selamat hari lahir dan seumpamanya (PERCUMA – berbanding dengan SMS).
b. E mel boleh juga digunakan untuk menghantar fail-fail yang hendak dikongsikan dengan rakan yang lain.
c. Menghantar alamat laman web tertentu untuk dikongsi bersama.
13. Di larang menggunakan e mel untuk:
a. Menjadi ahli laman web berkenalan seperti MySpace, Friendster dsbnya
b. Menjadi ahli laman web jualan melalui internet.
c. Menjadi ahli laman web yang banyak menghantar e mel kepada ahlinya.
14. Peringatan: Setiap guru/staf diberikan 250MB kapasiti ruang untuk e mel. Sila hapuskan e-mel yang lama untuk menjimatkan ruang.

Friday, June 6, 2008

Harga Minyak Naik Lagi : Mulakan langkah penjimatan

Tiada pilihan selain berjimat! Walaupun pahit tetapi itulah kenyataan yang terpaksa ditelan oleh masyarakat pengguna.

Sememangnya, kenaikan kos sara hidup tidak lagi dapat dielakkan lebih-lebih lagi apabila kerajaan menaikkan harga bahan api mulai 5 Jun meskipun ramai yang menjangkakannya Ogos ini.

Harga petrol kini melambung kepada RM2.70 seliter berbanding RM1.92 dan diesel RM2.58 seliter berbanding RM1.58 sebelumnya.

Kenaikan ini disifatkan yang paling buruk dalam sejarah negara ini! Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol ialah pada 28 Feb 2006 sebanyak 30 sen.

Di sebalik kenaikan terbaharu ini, kerajaan dilapor masih perlu menampung subsidi sebanyak RM18 bilion setahun.

Pengguna juga berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menanggung kenaikan harga bahan api yang lebih tinggi sekiranya kerajaan membuat keputusan menarik semula semua subsidi bahan api.

Penggunaan berhemah

Setiausaha Agong Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengguna negara ini perlu sedar bahawa petroleum adalah satu sumber yang bukan boleh diperbaharui.

Kerajaan, kata beliau, perlu merancang penggunaan yang berhemah supaya pengurusan sumber ini dapat bertahan lebih lama.

"Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport harus bersedia menghadapi tahun 2014 di mana negara dijangka perlu mengimport bagi menampung keperluan dan pada tahun 2020an, kita dijangka menjadi pengimport sepenuhnya keperluan petroleum," jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan mesti memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sara hidup ke atas pengguna.

Kerajaan, tegasnya perlu memastikan perbelanjaan kerajaan adalah berhemah dan memenuhi ketelusan serta bertanggungjawaban awam supaya lebih peruntukan dapat diagihkan ke sektor sosial dan ekonomi secara cekap.

"Bayaran rebet tunai bahan api tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat. Kerajaan juga perlu menyelaraskan tarif dan kadar perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan perumahan di samping tarif TNB. Ini penting supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata Muhammad Sha'ani.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api pada 4 Jun lepas berkata kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan.

Bagi meringankan beban rakyat, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan.

Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan.

Jaga kepentingan pengguna berpendapatan rendah

Di tengah-tengah kenaikan terbaharu harga bahan api ini, Muhammad Sha'ani berkata kerajaan harus mengarahkan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengkaji semula kadar perkhidmatan kepada pengguna.

"Penyelarasan perlu dibuat supaya pengguna kecil dikenakan kadar rendah dan pengguna berpendapatan tinggi dikenakan kadar lebih serta kadar berdasarkan unit masa sesaat dan sewa bulanan dihapuskan," jelasnya.

Muhammad Sha'ani turut mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan semua bank mengutamakan penjadualan semula bayaran balik pinjaman atau pun penukaran kepada pinjaman bertempoh bagi kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah.

Kerajaan, katanya, perlu juga mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Malaysian Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan pinjaman perumahan kepada ahliahlinya dengan kadar yang rendah atau pun tanpa faedah kepada golongan berpendapatan rendah.

Impak kenaikan

Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis.

Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'!

Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan.

"Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat.

Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan PersatuanPersatuan PenggunaPengguna Malaysia (FOMCA).

Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kirakira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.

"Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus.

"Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.

Mulakan langkah penjimatan

Justeru, tambah beliau, pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasuk membuat perancangan semula kewangan dan gaya hidup.

"Mereka juga perlu melakukan langkah jimatcermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran.

"Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh bercucuk tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik," kata Mohd Yusof.

Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beliau berkata sudah tiba masanya untuk pengguna beralih kepada pelbagai jenis pengangkutan awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain.

"Jika boleh, amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan berkuasa tinggi dan besar.

"Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimatcermat boleh dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di rumah atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu.

"Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah. Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan, maklumat tertentu dan sebagainya," syor Mohd Yusof. BERNAMA